Wednesday, November 5, 2014

Kejohanan bola sepak bawah 11 2014 peringkat negeri Kelantan

Alhamdulilah empat orang pemain dari SK Kedai Tanjong telah terpilih mewakili PPD Pasir Mas ke kejohanan bola sepak bawah 11 peringkat negeri Kelantan.

Monday, November 3, 2014

Suku akhir, separuh Akhir, dan akhir

Suku Akhir 1. SK Dato Abdul Hamid 1 vs SK Kedai Tanjong   2.SK Sri Rantau Panjang 1 vs SK Kubang Chenok  3.SK Rantau Panjang vs SK Bendang  4.SK Kepas vs SK Meranti

Sunday, November 2, 2014

Pertandingan Bola sepak bawah 11 Tahun PPD Pasir Mas 2014


Bertempat di SK Bendang Pauh berlangsungnya pertandingan bola sepak bawah 11 tahun PPD Pasir Mas 2014. Pertandingan ini di sertai 12 buah sekolah rendah yang dibahagikan kepada empat kumpulan.

Kumpulan A

1. SK Bendang Pauh
2. SK Dato Abdul Hamid 1
3. SK Chetok

Kumpulan B

1. SK Sri Rantau Panjang 1
2. SK Meranti
3. SK Chicha Tinggi

Kumpulan C

1. SK Kedai Tanjong
2. SK Gual To' Deh
3. SK Rantau Panjang

Kumpulan D

1. SK Kepas
2. SK Kubang Chenok
3. SK Kangkong

Jadual Perlawanan

Bil
Perlawanan
Kump
Skor
1
SK Bendang Pauh vs SK Dato Abdul Hamid 1
A
1-3
2
SK Sri Rantau Panjang 1 vs SK Meranti
B
2-1
3
SK Kedai Tanjong vs SK Gual To’ Deh
C
0-0
4
SK Kepas vs SK Kubang Chenok
D
3-0
5
SK Dato Abdul Hamid 1 vs SK Chetok
A
7-0
6
SK Meranti vs SK Chicha Tinggi
B
4-1
7
SK Gual To’ Deh vs SK Rantau Panjang
C
0-4
8
SK Kubang Chenok vs SK Kangkong
D
3-0
9
SK Bendang Pauh vs SK Chetok
A
5-0
10
SK Sri Rantau Panjang 1 vs SK Chicha Tinggi
B
4-0
11
SK Kedai Tanjong vs SK Rantau Panjang
C
2-3
12
SK Kepas vs SK Kangkong
D
3-0



Friday, October 31, 2014

Bola sepak luar musim 2014

Sekali lagi SK Kedai Tanjong diundang menyertai kejohanan bola sepak luar musim 2014 bawah 11 tahun peringkat PPD Pasir Mas. Kejohanan ini akan berlangsung pada 2 November 2014 bertempat di SK Bendang Pauh. Seramai 12 orang pemain telah terpilih untuk mewakili sekolah ke kejohanan ini.

Saturday, August 2, 2014

Dalam kenangan

Hari ini dikejutkan berita kematian pemain bola sepak sekolah sesi 2014 kerana demam denggi. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Alfatihah kepada arwah adik Muhammad Faris Rahimi B Rosik 6 Cemerlang 2014. Amin.,,
   
Muhammad Faris Rahimi B Rosid 6 Cemerlang 2014


Thursday, July 3, 2014

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 MSSD Pasir Mas 2014

 


Pasukan bola sepak SK Kedai Tanjong mewakili Zon Kedai Tanjong telah menyertai kejohanan bola sepak bawah 12 PPD Pasir Mas 2014. Kejohanan ini  berlangsung pada 19, 21& 22 Jun 2014 bertempat mini stadium Pasir Mas.

Berikut  jadual perlawanan yang melibatkan pasukan SK Kedai Tanjong yang berlangsung pada 19 Jun 2014 :

1. Perlawanan Kedua - SK Sri Rantau Panjang 1 vs SK Kedai Tanjong
                                             ( 2 )                                         ( 0 )

2. Perlawanan Keenam - SK Bendang Pauh vs SK Kedai Tanjong
                                                  ( 0 )                                  ( 0 )

3. Perlawanan Kesembilan - SK Kedai Tanjong vs SK Sultan Ibrahim 1
                                                    ( 0 )                                 ( 3 )

Walaupun mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan, kitalah juara suatu masa nanti. Cuba lagi tahun depan. 












Tuesday, June 17, 2014

Jemputan ke Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 tahun PPD Pasir Mas 2014

Pasukan bola sepak SK Kedai Tanjong mewakili Zon Kedai Tanjong akan menyertai kejohanan bola sepak bawah 12 PPD Pasir Mas 2014. Kejohanan ini akan berlangsung pada 19, 21& 22 Jun 2014 bertempat mini stadium Pasir Mas.

Berikut di nyatakan jadual perlawanan yang melibatkan pasukan SK Kedai Tanjong akan berlangsung pada 19 Jun 2014 :

1. Perlawanan Kedua - SK Sri Rantau Panjang 1 vs SK Kedai Tanjong

2. Perlawanan Keenam - SK Bendang Pauh vs SK Kedai Tanjong

3. Perlawanan Kesembilan - SK Kedai Tanjong vs SK Sultan Ibrahim 1

Sekiranya mendapat keputusan memberangsangkan dan layak ke peringkat seterusnya dimana perlawanan peringkat suku akhir akan berlangsung pada 22 Jun 2014.


Thursday, May 8, 2014

Kejohanan bola sepak bawah 12 zon kedai Tanjong

Bertempat di padang SK Kedai Tanjong telah berlangsungnya kejohanan bola sepak bawah 12 peringkat zon Kedai Tanjong pada 5.5.2014 yang lalu. Johan dan naib johan disandang oleh SK Sultan Ibrahim 2 dan SK Kedai Tanjong melalui penentuan sepakan penalti setelah kedudukan seri apabila tamat masa perlawanan.

Sunday, April 6, 2014

Perlawanan Persahabatan dengan SK Meranti

Hari ini akan berlangsung perlawanan persahabatan dengan SK Meranti.Berikut warna-warni semasa perlawanan.


Wednesday, March 19, 2014

Perlawanan persahabatan vs SK Lati

Hari ini berlangsungnya perlawanan persahabatan dengan SK Lati. Walaupun keputusan tidak memihak kepada SK Kedai Tanjong tetapi dapat memberi pendedahan kepada pelatih pasukan bola sekolah.Perlawanan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Cemerlang Tn.Hj.Mat Nasir Bin Jusoh.

Tuesday, March 18, 2014

Perlawanan persahabatan Siri 1

Perlawanan persahabatan yang dijadualkan esok dengan SK Lubok Setol terpaksa dibatalkan oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun begitulah Perlawanan persahabatan diteruskan dengan SK Lati bertempat di Padang SK Kedai Tanjong pada jam 4.30 petang. 

Monday, March 17, 2014

Wednesday, March 12, 2014

PERLAWANAN PERSAHABATAN 1

Pasukan bola sepak SK kedai Tanjong akan mengadakan perlawanan bersahabatan dengan pasukan bola sepak SK Lubok Setol sebagaimana berikut :

Tarikh : 19 Mac 2014
Hari : Rabu
Masa : 4.00 petang
Tempat : Padang Sek. Keb. Kedai Tanjong

Melalui perlawanan ini diharap dapat mengeratkan silaturahim antara kedua-dua pasukan, disamping dapat menguji kemampuan pasukan masing-masing.

Thursday, March 6, 2014

Pemilihan pemain musim 2014

Hari ini berlangsung sesi pemilihan pemain pasukan bola sepak bagi musim 2014. Sesi pemilihan ini mendapat sambutan dari murid-murid , dimana seramai 22 orang pemain telah dipilih untuk menyertai latihan pusat.