Wednesday, September 19, 2012

Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 MSSD Pasir Mas 2012

Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 ini diadakan mulai 19 September 2012 hingga 20 September 2012 di dua lokasi iaitu bertempat di SK Sultan Ibrahim 4 dan SK Dato'Abdul Hamid 2. Terdapat 25 buah pasukan yang mengambil bahagian termasuklah SK Kedai Tanjong, yang dibahagi kepada 8 kumpulan. SK Kedai Tanjong diletakkan dalam kumpulan A, bersama SK Meranti, SK SK Tok Sangkut, dan SK Sultan Ibrahim 4.SK Othman Talib 2 telah mendapat tempat pertama, manakala SK Mekasar pula mendapat tempat kedua. Berikut wajah-wajah semasa kejohanan ini.

Thursday, August 30, 2012

Latihan luar musim 2012

Para pelatih pasukan bola sepak sedang menjalani latihan khusus untuk kejohanan bola sepak luar musim ppd Pasir Mas.Latihan ini telah diadakan mulai 27 Ogos hingga sehari sebelum kejohanan.

Sunday, April 1, 2012

Kejohanan Bola Sepak MSSD Pasir Mas

Kejohanan ini telah berlangsung di SK Sultan Ibrahim 4 pada 26-28 Mac 2012. Berikut gambar pemain yang mewarnai kejohanan ini.

Friday, March 9, 2012

Penyampaian Hadiah Kepada Johan dan Naib Johan Zon Kedai Tanjong 2012

Penyampaian Hadiah kepada Naib Johan dan Johan Kejohanan Bola Sepak Zon Kedai Tanjong 2012 yang telah disempurnakan oleh PK KO SK Kedai Tanjong ( En.Rusli Bin Ma Hasan ).
Johan adalah dari SK Kedai Tanjong, manakala Naib Johan SK Sultan Ibrahim 4.



Tahniah diucapkan kepada para Jurulatih SK Kedai Tanjong.

Gol kemenangan Perlawanan Akhir Zon Kedai Tanjong 2012

Gol yang memberi kemenangan kepada SK Kedai Tanjong semasa perlawanan akhir kejohanan bola sepak zon Kedai Tanjong 2012. Syabas dan Tahniah kepada semua pemain !!!



Selamat Menonton !!!

Persiapan untuk perlawanan akhir zon Kedai Tanjong 2012

Sebelum perlawanan



Selamat menonton !!!



Sunday, February 26, 2012

Perlawanan Persahabatan SKKT VS SKM

Mari kita sama-sama saksikan wajah-wajah pemain sebelum perlawanan persahabatan antara SK Kedai Tanjong vs SK Meranti.



Terima Kasih Kepada Tuan Guru Besar Cemerlang ( En. Mat Nasir Bin Jusoh ) atas kesudian merasmikan perlawanan ini