Saturday, March 9, 2013

Semasa Kejohanan Bola Sepak B12 2013

 Tahun ini SK Kedai Tanjong hanya mendapat tempat ke 3 sahaja setelah tewas di peringkat separuh akhir kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada SK Sultan Ibrahim 4 dan SK Bayu Lalang yang telah dinobatkan sebagai Johan dan Naib Johan Kejohanan Bola Sepak B12 pada tahun ini. Berikut adalah warna-warni semasa kejohanan :

Sila klik link dibawah
http://s1342.photobucket.com/user/cgkh2u/slideshow/bola%202013

Wednesday, March 6, 2013

Keputusan Perlawanan Bola Sepak B12 Zon Kedai Tanjong 2013

Keputusan terkini semua perlawanan akan cuba dikemaskini selepas perlawanan berkenaan. Oleh itu di harap semua guru dan murid dari sekolah yang mengambil bahagian bolehlah melihat keputusan dari semasa ke semasa.

Kump A
  1. SK Tok Sangkut ( SKTS )
  2. SK Sultan Ibrahim 4 ( SKSIE )
  3. SK. Bayu Lalang ( SKBL )
Kump B
  1. SK Kedai Tanjong ( SKKT )
  2. SK Banggol Chicha ( SKBC )
  3. SK Sultan Ibrahim 2 ( SKSID )

 Perlawanan
  • SKTS ( 0 )  VS    SKSIE ( 0 ) 
  • SKKT ( 1 )  VS    SKBC ( 0 )  
  • SKSIE ( 1 )  VS    SKBL ( 0 )  
  • SKBC ( 2 )  VS    SKSID ( 0 )  
  • SKBL ( 1 )  VS    SKTS ( 0 ) 
  • SKSID ( 0 )  VS    SKKT ( 0 )  
  • JOHAN A SKSIE( 1 )  VS    N.JOHAN B SKBC( 0 )  
  • JOHAN B SKKT ( 0 )  VS    N.JOHAN A SKBL ( 1 )  
  • WIN SEMI 1 ( 1 )  VS    WIN SEMI 2 ( 0 )  
# Semoga keputusan terkini  yang di kemaskini dapat mereda kerisauan para penyokong pasukan yang berkenaan.


Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak SK Sultan Ibrahim 4 telah dinobat sebagai Juara Bola Sepak B12 Zon Kedai Tanjong 2013.

Tuesday, March 5, 2013

PEMAIN MUSIM 2013

Selaku Juara bertahan bagi memeriahkan lagi kejohanan bola sepak Zon Kedai Tanjong panel kejurulatihan memperkenalkan barisan pemain musim 2013 sebagaimana berikut :
Nama pemain dan no jersi SHAKIMI BIN SAARI 10 HAFIZAN BIN MUSTOFA 4 MOHAMAD FAWWAZ B. MOHD ZOKRI 7 MOHAMAAD FAHMI B. ISKANDAR 5 MUHAMMAD HAFIZUDDIN B. MOHD ZULKARNAIN 1 MUHAMMAD IRFAN B. IBRAHIM 9 MOHAMAD IKRAM B. FAUZI 12 KHAIRUL IKWAN B. SHUKRI 8 WAN MOHAMMAD SYAFIQ B. WAN ABD.AZIZ 16 CHE HAKIMI BIN CHE BAHRUN 21 NIK MOHAMAD IZZAD B. NIK KAMARUZAMAN 11 MOHAMAD HAZIMIN B. FAUZI 6 MOHAMAD ROZAIMI B. HAZRI 13 MOHAMAD SHARUL AZLI B. AYUB 17

Tuesday, February 26, 2013

Mesyuarat Kejohanan Bola Sepak Zon Kedai Tanjong

Mesyuarat ini berlangsung di Sek.Keb. Sultan Ibrahim Empat, dihadiri PK Ko dan Setiausaha Sukan sekolah-sekolah Zon Kedai Tanjong. Sekolah yang terlibat adalah SK Sultan Ibrahim 4, SK Sultan Ibrahim 2, SK Kedai Tanjong, SK Banggol Chicha , SK Bayu Lalang dan SK Tok Sangkut. Dalam mesyuarat ini sebanyak 5 agenda yang dibincangkan.











Tuesday, February 19, 2013

Pemain Terbaik Musim 2013

Seramai 22 orang murid yang telah dipilih peringkat awal beradu nasib untuk pemilihan terakhir menyertai Kejohanan Bola Sepak Zon Kedai Tanjong musim 2013. Dari jumlah tersebut seramai 14 orang terbaik telah dipilih dan 3 orang pemain simpanan ,andaikata ada di kalangan pemain 14 orang itu tercedera.


                                  14 Pemain Terbaik untuk ke Kejohanan Bola Sepak Zon Kedai Tanjong
                                             3 pemain simpanan

Sunday, February 17, 2013

Pertandingan Bola Tampar zon Kedai Tanjong

Hari ini bertempat di gelanggang MSSD Pasir Mas akan berlangsung pertandingan Bola Tampar Zon Kedai Tanjong.

Sunday, February 3, 2013